Tempat Menarik Di Melaka 2020

admin

Sumber/Credit : MaiSinggah.Com

The Shore Sky Tower

Jika anda memburu pemandangan terbaik seluruh Bandar Melaka jangan lupa naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Pastikan anda beranikan diri kerana lantai kaca lutsina membuat anda merasakan seperti berjalan di atas angin.

Di atas nanti anda dapat melihat akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat. Disini anda dapat melihat terus kebawah, mungkin tidak sesuai untuk mereka yang gayat tetapi kalau anda berhati kering cubalah.

Alamat: The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30 am – 9.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM18

Encore Melaka

Selain lawatan ke muzium dan bacaan, anda sebenarnya boleh mempelajari banyak perkara berkaitan dengan sejarah Melaka dengan menyaksikan persembahan. Persembahan yang padat dengan info sejarah Melaka ini dinamakan sebagai Encore Melaka.

Di dalam persembahan berdurasi 70 minit ini, anda dapat tenggelam dalam 6 abad berbeza yang pernah dilalui kota lama ini yang dipersembahkan oleh 200 orang penghibur.

Alamat: No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka

Waktu Persembahan: Isnin – Sabtu (5.30 pm – 8.30 pm) | Ahad (2.30 pm – 5.30 pm)

Bayaran Masuk:

  • Standard: RM128
  • Premium: RM228
  • VIP: RM528
  • OKU (Berkerusi Roda): RM98
Facebook Comments